SKAS SARAWAK REGISTER (ONLINE 2025 BANTUAN)
Berita baik kepada golongan sasar yang berpendapatan rendah! Kerajaan Sarawak telah mengumum Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan menyediakan bantuan kewangan di antara RM250 hingga RM800 setiap tahun bagi membantu golongan sasar ini.
Sumbangan ini merupakan usaha kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan sosial dan mengurangkan beban rakyat Sarawak yang terkesan dari segi ekonomi untuk kelansungan hidup.
Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai cara register skas, untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah register skas 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS SARAWAK PERMOHONAN (ONLINE 2025 REGISTER BANTUAN)
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK
Satu inisiatif baharu Kerajaan Sarawak iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) khusus untuk warga Sarawak yang menetap di Sarawak, dan bakal dilaksanakan bermula tahun 2025. Bantuan ini telah diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam pembentangan belanjawan Sarawak 2025 baru-baru ini.
Tujuan bantuan SKAS ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, dimana kira-kira seramai 850,000 akan dapat manfaat ini, antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima.
Fokus utama bantuan ini adalah kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk membuat pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain yang penting untuk kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
SYARAT KELAYAKAN REGISTER SKAS SARAWAK
Penerima yang layak memohon bantuan ini adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
Berikut adalah kelayakan bantuan SKAS:
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah akan menerima bantuan bernilai RM800
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
- Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah akan menerima bantuan bernilai RM250
- Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
REGISTER SKAS SARAWAK DAN SEMAKAN BANTUAN
Permohonan dan semakan bantuan belum dimakulumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
TARIKH BAYARAN
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/