PERMOHONAN EKASIH 2025 (PENDAFTARAN BANTUAN ONLINE)
Untuk makluman anda, pemohon yang layak dan lulus permohonan eKasih akan menerima pelbagai bantuan yang diperuntukan oleh Kerajaan termasuk bantuan tunai tambahan yang berjumlah sehingga RM 1,200 terutamanya bagi golongan yang berstatus miskin dan miskin tegar di bawah pengkalan data eKasih.
Bagaimanakah permohonan eKasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: DAFTAR MYKASIH ONLINE (2025 REGISTER BANTUAN SARA)
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih merupakan pangkalan data yang mengandungi data keluarga atau individu yang berstatus miskin dan miskin tegar. Tujuan pelaksanaan adalah untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Pendaftaran eKasih ini penting untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pelbagai bantuan tunai tambahan yang diperuntukkan oleh pihak Keraajan. Antara bantuan yang disediakan adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dimana syarat kelayakan yang ditetapkan adalah terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar eKasih seperti yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Hal ini bermaksud, mereka yang berdaftar dan lulus eKasih sahaja yang layak menerima bantuan tambahan. Untuk mendapatkan bantuan tambahan ini juga, anda juga perlu membuat permohonan SARA/MyKasih dan STR di portal rasmi masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN EKASIH
Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SENARAI MAKLUMAT PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dilengkapkan untuk daftar eKasih :
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
- Lokasi Kediaman;
- Tahap Pendidikan;
- Kemahiran dan pekerjaan;
- Harta;
- Kesihatan;
- Bantuan dan pendapatan.
PERMOHONAN EKASIH ONLINE
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
KAEDAH PERMOHONAN
Berikut merupakah kaedah yang boleh dilakukan individu atau orang awam untuk pendaftaran eKasih:
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), atau;
- Membuat permohonan melalui talian mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN PERMOHONAN EKASIH ONLINE 2025
Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:
- Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx. - Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian, klik butang [Carian].
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Website: https://ekasih.icu.gov.my/
- Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan: 603-8000 8000
Reply
Assalamualaikum..! bolehkah saya ingin daftar diri dalam EKASIH secara online??!!
Baru dengar. Bagaimana mndaftar secara online.
Baru dengar.