SEMAKAN SARA ONE OFF : 2024 RM300,RM150
Seperti yang telah diperuntukan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima STR yang lulus permohonan pada tahun 2024 melalui pelbagai bentuk bayaran.
Bagaimanakah semakan sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH REGISTER (DAFTAR & PERMOHONAN ONLINE)
JENIS BAYARAN SARA 2024
Terdapat tiga (3) jenis bayaran Bantuan SARA bagi tahun 2024, iaitu :
- Secara ansur setiap bulan kepada penerima Semenanjung Malaysia berstatus Miskin / Miskin Tegar;
- Secara ansur dua (2) kali setahun kepada penerima Sabah dan Sarawak berstatus Miskin / Miskin Tegar; dan
- Secara one-off (sekaligus) kepada penerima seluruh Malaysia yang berstatus BUKAN Miskin / Miskin Tegar.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF
Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah ditentukan oleh kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- Isi Rumah berpasangan atau tunggal akan menerima RM300;
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima RM150;
- Warga Emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus):
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 9 Disember 2024, Isnin.
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan bermula 9 Disember 2024, Isnin secara berperingkat.
SEMAKAN SARA ONE OFF
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA pembayaran secara one-off (sekaligus), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah : Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
Hi
Adakah saya berdaftar
Adakah saya layak