TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) yang akan dibayar tidak lama lagi bakal terdapat pertambahan bilangan penerima yang baharu daripada permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun.
Bilakah tarikh bayar Bantuan STR Fasa 2 dan bagaimana cara semak status kelayakan? Ikuti info dan panduan lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) dijangka bermula pada 24 Mac 2025 dan berperingkat. Namun, tarikh bayaran akan dikemaskini semula dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan oleh Kerajaan secara rasmi.
AMAUN BANTUAN STR FASA 2 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) dianggarkan seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 (setiap seorang).
- Bujang :
- RM150 (setiap seorang).
PAUTAN RASMI BANTUAN STR 2025
Berikut merupakan pautan rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDNM yang boleh diakses untuk semakan status, permohonan, kemaskini dan sebagainya :
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2025
Bagi yang ingin membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan semakan berikut :
- Layari laman rasmi STR LHDNM; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) kepada penerima, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.