STR FASA 2 MASUK BAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR FASA 2 MASUK BAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Hasil penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menambah baik pemberian tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) khusus kepada golongan B40 yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup dengan pemberian tunai sehingga RM2,500 setahun.

Bilakah tarikh masuk bayaran str fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR FASA 2 TARIKH BAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2 SECARA ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN STR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan:
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKad seperti biasa
  3. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  4. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  6. Klik butang [Seterusnya]
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  8. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
  9. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  10. Klik butang [Seterusnya]
  11. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
  12. Klik butang [Tukar Kata Laluan]

TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025.

Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa.

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

JUMLAH MASUK BAYARAN STR FASA 2 2025

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 masih belum diumumkan. Maklumat mengenai pembayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa.

CARA AGIHAN BAYARAN STR FASA 2

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment