STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 1 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pastinya membebankan terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40). Oleh itu, kerajaan menambah peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM13 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 dan bagaimanakah semak status kelayakan? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN)
SYARAT KELAYAKAN STR 2025 BAYARAN FASA 1
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Syarat Utama :
- Warganegara Malaysia; dan
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu atau bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- Warga Emas :
- Bujang / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin;
- Balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh IPTA / IPTS.
STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 1
Secara lazimnya, pihak Kerajaan akan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) kepada penerima yang layak pada suku pertama setiap tahun seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pembayaran STR Fasa 1 | 22 JANUARI 2025 |
STR 2025 JUMLAH BAYAR FASA 1
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Bujang/Balu/Duda/Janda (Tiada anak) Umur 21-59 tahun | RM600 | RM150 |
Bujang/Balu/Duda/Janda (Tiada anak) Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM150 |
STR 2025 KAEDAH BAYARAN FASA 1
Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan telah menetapkan kaedah bayaran untuk Fasa 1 sama seperti sebelum ini, seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR. |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima. |
SEMAKAN STATUS STR 2025 FASA 1
Bagi pemohon sedia ada yang telah mengemaskini permohonan dan pemohon baharu yang telah membuat permohonan sebelum pada 30 November 2024, boleh membuat semakan status kelayakan penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.
Ikuti panduan semakan status STR 2025 Fasa 1 :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
Saya pada hari ini Masih belum Menerima STR,saya bujang lagi. Apa yg saya perlu buat dan lakukan.
semak kelayakan