BAKI BANTUAN SARA – PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK

BAKI BANTUAN SARA – PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK

Masih ramai antara penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mempunyai baki penuh atau sebahagian dan masih belum menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas setiap bulan di mana-mana premis terpilih.

Bagaimanakah panduan lengkap cara semak baki Bantuan SARA? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MY KASIH RM100 – KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BAKI BANTUAN SARA

Jika penerima masih belum pernah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), baki terkumpul yang ada sehingga kini (Mei) adalah sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
(SEBULAN)
JUMLAH BAKI
(SEMASA)
Isi Rumah B40RM200RM1,000
Warga Emas B40RM150RM750
Bujang B40RM100RM500
Isi Rumah M40RM100RM500
Warga Emas M40RM50RM250
Bujang M40RM50RM250
*Namun, jika pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas, baki yang ada adalah berbeza dan perlu disemak di portal rasmi SARA.

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA

Tarikh pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan adalah jadual berikut :

BIL.TARIKH KREDIT
1.09 – 16.01.2026 (Jumaat)
2.01.02.2026 (Ahad)
3.01.03.2026 (Ahad)
4.01.04.2026 (Rabu)
5.01.05.2026 (Jumaat)
6.01.06.2026 (Isnin)
7.01.07.2026 (Rabu)
8.01.08.2026 (Sabtu)
9.01.09.2026 (Selasa)
10.01.10.2026 (Khamis)
11.01.11.2026 (Ahad)
12.01.12.2026 (Selasa)

TEMPOH GUNA BANTUAN SARA

Walaupun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan setiap bulan, ianya mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan seperti berikut :

TEMPOH GUNATARIKH AKHIR
12 bulanSebelum 31.12.2026 (Khamis)
*Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan melebihi tarikh di atas, baki yang ada akan ditarik dan tidak boleh digunakan lagi.

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA

Jika anda telah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk beli barang keperluan asas, baki yang ada dalam Kad Pengenalan akan berkurang dan boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan baki terkumpul Bantuan SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status dan baki terkumpul :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)300.00

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN SARA

Bagi penerima yang belum pernah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk beli barang keperluan asas, ikuti panduan lengkap cara guna di bawah :

  1. Semak senarai premis yang berdaftar SARA di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  2. Kunjungi salah satu premis yang berdaftar berhampiran anda.
  3. Pilih dan ambil barang dapur / keperluan asas yang ada label SARA.
  4. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  5. Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  6. Bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

INFO LANJUT

Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment