STR LOGIN 2025 SEMAKAN STATUS : (FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa satu (1) yang jauh melangkaui kadar inflasi negara ini mencerminkan tekad Kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat kian bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah STR login untuk semakan status layak atau tidak fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA TARIKH BAYARAN STR : (FASA 1) SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK AYAU TIDAK
TARIKH STR 2025 BAYARAN FASA 1
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan bahawa tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa satu (1) adalah bermula pada 22 Januari 2025, Rabu dengan peruntukan sebanyak RM2.3 billion kepada hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia yang melepasi kelayakan fasa satu (1).
KRITERIA KELAYAKAN STR 2025 MELEPASI STATUS
Hanya individu yang menepati kriteria-kriteria berikut sahaja akan melepasi status kelayakan STR :
- Warganegara Malaysia; serta menepati kriteria kelayakan berikut :
- ISI RUMAH :
- Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Ibu/bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- WARGA EMAS :
- Ibu/bapa tunggal tiada anak / tanggungan;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
- BUJANG :
- Belum berkahwin; atau
- Balu / Duda / Janda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
- ISI RUMAH :
*Untuk mengetahui status kelayakan, sila semak pada pautan Portal Rasmi STR.
KADAR AMAUN STR 2025 FASA 1 MENGIKUT STATUS
Berikut merupakan kadar amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar bagi fasa pertama (1) 2025 mengikut status kelayakan setiap kategori :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | (Semua) RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | (Bergantung bil. anak) RM150 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
PAUTAN STR LOGIN 2025 SEMAKAN STATUS
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR LHDNM Login untuk semakan status :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHNDM Login | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN STR LOGIN 2025 SEMAKAN STATUS
Ikuti panduan semakan status fasa 1 di pautan Portal Rasmi STR LHNDM seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.