BANTUAN SARA WARGA EMAS : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN SARA WARGA EMAS : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Hanya seramai 1.3 juta rakyat Malaysia yang merupakan Warga Emas (berusia 60 tahun ke atas) yang terpilih layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar RM600 hingga ke RM1,800 setahun.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan SARA Warga Emas? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2026

APA ITU BANTUAN SARA WARGA EMAS?

Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang disalurkan tanpa tunai (cashless) ke dalam Kad Pengenalan (warga emas) khas untuk pembelian barang keperluan asas di premis terpilih seluruh Malaysia.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA WARGA EMAS

Jumlah bayaran Bantuan SARA tidak sama kerana ianya disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Warga Emas
Daftar eKasih
RM150 sebulanRM1,800 setahun
Warga Emas
Bukan eKasih
RM50 sebulanRM600 setahun

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA WARGA EMAS

Setiap penerima yang merupakan Warga Emas akan menerima bayaran bantuan melalui Kad Pengenalan pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
9 Januari 2026RM50 / RM150
1 Februari 2026RM50 / RM150
1 Mac 2026RM50 / RM150
1 April 2026RM50 / RM150
1 Mei 2026RM50 / RM150
1 Jun 2026RM50 / RM150
1 Julai 2026RM50 / RM150
1 Ogos 2026RM50 / RM150
1 September 2026RM50 / RM150
1 Oktober 2026RM50 / RM150
1 November 2026RM50 / RM150
1 Disember 2026RM50 / RM150

SYARAT LAYAK BANTUAN SARA WARGA EMAS

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA (untuk kategori Warga Emas) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Tiada pasangan (bujang / balu / duda / janda);
  • Tiada tanggungan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment