STR 2025 FASA 2 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kadar implikasi kewangan bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telah dilaksanakan kepada 8.3 juta individu yang layak. Kini pembayaran Fasa kedua (2) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan str fasa 2? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN MYSALAM : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
STR 2025 FASA 2 TARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025. Namun, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
STR 2025 FASA 2 JUMLAH BAYARAN
Jumlah keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah mengikut kategori penerima berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
STR 2025 FASA 2 SEMAKAN BAYARAN
Semakan status kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 boleh dilakukan di pautan berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
STR 2025 FASA 2 CARA BAYARAN
Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :
- Dikreditkan terus melalui akaun bank penerima bagi pemohon yang mendaftarkan nombor akaun bank semasa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau
- Diberikan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pemohon yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
Lama lg bulan April. Sy dh le ssh xde mkayah ni. Nk mkn un jrg sbb gji abis byar hutg rumah jer. :(.