BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bagi meringankan beban kewangan rakyat, Kerajaan Sabah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat, sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan khas untuk golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.

Bagaimanakah semakan bantuan sentuhan kasih rakyat sabah rm300 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SABAH RM300 SYARAT KELAYAKAN 2025 : CEK STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SETIAP BULAN)

APA ITU PROGRAM BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar di Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.

Menerusi Belanjawan Sabah 2025, RM358.5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program ini dengan penyaluran sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Beralamat dan Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran Bantuan Prihatin Sabah 2025 ini rasminya bermula pada 17 Februari 2025 dan akan disalurkan kepada 100,000 penerima.

Tarikh rasmi bayaran telah dimaklumkan dan pihak kami telah kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

JUMLAH PENYALURAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Untuk semakan status Bantuan Sabah 2025 ini di Portal Rasmi eKasih. Hal ini kerana, syarat kelayakan penerima Bantuan Sabah ini merupakan penerima eKasih.

Pautan Rasmi eKasih untuk Semak Status Kelayakan Bantuan Sabah RM300 2025 : https://ekasih2.icu.gov.my/.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Sabah, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/

12 thoughts on “BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

    • Saya dulu e-Kasih miskin tegar lepastu jadi eKasih. Sekali saya semak balik nama saya tiada dalam system dari kategori e-Kasih miskin tegar & e-Kasih. Saya dari semporna Sabah tolong pantau pjbt daerah Semporna. Suka hati dong saja kasih padam nama orang, sedangkan saya b40 anak 3 kerja buruh kasar pendapat tidak menantu.

      Reply
  1. .Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Saya semak kelayakan tetapi (No kp TIDAK WUJUD di dalam pengkalan data eKasih…

    Persoalan sekarang ini saya ingin membuat pendaftaran baru untuk
    E_kasih..

    Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran baru secara dalam talian(online) untuk eKasih..?

    Reply
  2. Saya ada memohon bantuan sentuhan kasih rakyat pada awal bulan January,saya ketegori b40 saya telah menyimak kelayakan sama layak atau tidak tapi selepas disemak rupanya no ic saya tidak berwujud dalam sistem.

    Tolong bagi penjelasan,saya cuma kerja buruh kasar tidak mempunyai slip gaji,gaji tidak menentu gaji x sampai seribu dlm sebulan,saya menangung anak 1 orang bersekolah Dan bini berulang alik kehospital akibat penyakit tp kenapa x layak terima apa2 bantuan Dari kerajaan negeri.

    Reply

Leave a Comment