SEMAKAN STR BUJANG 2025 (BANTUAN TUNAI ONLINE)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah bantuan kerajaan berbentuk Bantuan Rahmah, untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi.
Kategori kelayakan permohonan bantuan ini tidak terhad kepada kategori isi rumah sahaja, malah golongan bujang juga turut berpeluang untuk mendapatkan bantuan ini.
Bagaimanakah semakan str bujang 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PENDAFTARAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR BUJANG
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG 2025
Kadar bantuan bagi kategori bujang STR 2025 yang diberikan seperti berikut:
- Kategori penerima yang layak: Bujang berpendapatan RM 2,500 dan kebawah.
- Kadar bantuan yang diterima : RM 600 (setahun)
TARIKH PERMOHONAN STR 2025
Permohonan kini telah dibuka pada 19 Oktober 2024, dan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025 dibuka sehingga 30 November 2024.
PERMOHONAN STR BUJANG 2025 ONLINE
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
KEMASKINI PERMOHONAN STR BUJANG
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik “Simpan”.
- Selesai.
SEMAKAN STR BUJANG 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan dan bayaran boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
Peniaga layak untuk mohon atau tak?