PENDAFTARAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)
eKasih merupakan pangkalan data kemiskinan nasional, yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan individu.
Tujuan program eKasih ini adalah untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Secara ringkasnya, program ini adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang dari kalangan miskin tegar.
Bagaimanakah pendaftaran ekasih online 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: DAFTAR EKASIH (PENDAFTARAN BANTUAN 2025 ONLINE)
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih dijadikan rujukan dalam program pembasmian kemiskinan, dan membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kualiti hidup mereka.
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh diterima individu yang berdaftar dengan eKasih, antaranya adalah seperti bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih iaitu bantuan untuk pemohon dan penerima yang layak, untuk membeli barangan keperluan harian mereka.
Untuk mendapatkan bantuan ini, mereka perlulah terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan mempunyai rekod dalam sistem eKasih.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH
Kategori kelayakan pendaftaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
KAEDAH PENDAFTARAN EKASIH
Kaedah pendaftaran eKasih boleh dilakukan melalui dua cara seperti berikut:
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
PANDUAN PENDAFTARAN EKASIH
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
TALIAN PENDAFTARAN EKASIH
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN PENDAFTARAN EKASIH
Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:
- Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx. - Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian, klik butang [Carian].
- Selesai.
STATUS PENDAFTARAN
Empat status pendaftaran yang boleh dirujuk oleh pemohon seperti berikut:
- Disahkan – Telah dibanci
- Disemak – Dalam proses banci
- Ditolak – Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Website: https://ekasih.icu.gov.my/
- Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan: 03-8000 8000
Selamat ptng sy dah daftar e kasih tp knp tak dlm rekod ye
Saya belum daftar. Tolong ajar dan bagitahu dari mana nak dapat form .
sy nak bantuan my kasih.
Saya semak pendaftaran wujud sebagai penerima bantuan. Tapi sepanjang thn2024 saya check status .. Tiada record.. saya nk kepastian ada kah saya layak menerima sara lagi utk thn 2025..
Kenapa tak dpt
Kenapa ORANG KURANG UPAYA (OKU) tidak lulus dalam bantuan perumahan? (Rumah ekasih). Berkali2 mohon untuk bantuan ekasih, masih juga tidak dapat dan apabila di cek di laman web ( tiada dalam rekod) . Dimanakah peruntukan untuk bantuan rumah ekasih yang dikhaskan kepada yang berhak dapat?
Macam mana nak daftar ekasih ??
Kenapa kami disahkan tidak termasuk dalam kategori miskin sedangkan kami ank 8org Keja kampung ja
Saya suda daftar . Lepas tu nama suda ada . Lepas update boleh pulak tidak di daftarkan ? What is problem ? Kejap suda daftar lepas tu tidak.
Salam cik saya razli bin Ahmad. Nombor i.c 840404126163. Saya susa berkerja mak saya sakit tenat dan bapa saya sakit juga . Saya ada 2 orang anak tapi saya tiada isteri sudah cerai. Saya mimang susa berkerja tiada menjaga anak saya yg masih sekolah semua nya perkerjaan mimang susa saya kerja. Cik saya sudah daftar hari tu eKasih apa dia cakap saya masih kuat kerja dan boleh berkerja. Saya tiada pendapatan gaji. Haraf2 keluarga dan bapa saya jer itu pun tak cukup. Klu cik simpati bantulah saya.
jeffry bin maizin pertama Sya cek telah wujud Sya cek lgi tidak wujud pening
Saya sudah mendaftar ekasih tapi tanpa bancian status Sy didaftarkan sebagai bukan tergolong miskin..sedangkan saya suri rumah janda anak 5 ,tiada pendapatan bulanan..terima kasih kerajaan sabah✌️
Sy nk mohon ekaseh tpi x boleh bila nk msuk huruf asyik salah.
Tahun lepas sy dpt ekaseh ..sy ibu tunggal ank sorg harap boleh tlong