BANTUAN TUNAI RAKYAT LOGIN (2025 SEMAKAN STATUS)
Untuk makluman anda, Bantuan Hasil Sumbangan Rakyat STR oleh kerajaan 2025 akan diagihkan tidak lama lagi. Pemohon boleh mula menyemak status kelayakan dan bayaran, secara online setelah tarikh bayaran dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak Kerajaan/Kementerian Kewangan.
Bagaimanakah login bantuan tunai rakyat 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: DAFTAR E KASIH ONLINE (2025 BANTUAN MYSARA)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | iada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
CARA LOGIN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Panduan lengkap Log Masuk STR adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit), dan klik log masuk.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAKYAT
Panduan lengkap cara Semakan Status STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan (Jika Layak).
PERMOHONAN BAHARU BANTUAN
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
KEMASKINI MAKLUMAT
Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik “Simpan”.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN BANTUAN
Tarikh rasmi pembayaran bantuan belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Pembayaran STR ini akan dibuat secara berkala sepanjang tahun, biasanya dalam suku pertama, kedua, dan seterusnya. Sebarang maklumat terkini berkenaan jadual tarikh bantuan, kami akan kemaskini apabila diumumkan.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
- Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]