SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Penerimaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mendapat kesan positif daripada penerima yang lalu. Oleh itu, kerajaan memperluaskan lagi pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah supaya dapat membantu meringankan bebanan lebih ramai rakyat.

Bagaimanakah semakan status Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MADANI : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELAYAKAN PENERIMA

TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Berikut merupakan tarikh Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Penerima Miskin dan Miskin Tegar15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025
(12 bulan)
Penerima Asas Bukan Miskin1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025
(9 bulan)

CARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kesemua penerima akan menerima Sumbangan Asas Rahmah adalah melalui cara seperti berikut :

PERKARACARA SUMBANGAN
Sumbangan Asas RahmahDikreditkan terus secara tanpa tunai
ke dalam kad pengenalan (MyKad)
penerima setiap bulan

KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini disalurkan mengikut kelayakan seperti berikut :

  • ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM2,100 setahun
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM900 setahun
  • WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM1,650 setahun
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM450 setahun
  • BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGKADAR
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bujang Miskin dan Miskin TegarRM600 setahun
Bujang Asas Bukan Miskin

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu
beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Adakah saya layak menerima sumbangan asas Rahmah atau sumbangan-sumbangan lain dibawah program prihatin ketajaan tahun 2025

    Reply

Leave a Comment