BANTUAN RAHMAH FASA 2 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RAHMAH FASA 2 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Demi menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan, Kerajaan Madani sedia menyalurkan bantuan kewangan iaitu Bantuan Rahmah yang disalurkan secara berfasa sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah check status kelayakan penerima Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN RAHMAH

Bantuan Rahmah atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan secara berfasa sebagai bantuan kewangan oleh kerajaan yang khas untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH FASA 2 2025

Tarikh pembayaran Bantuan Rahmah Fasa kedua adalah dijangka bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH FASA 2 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Rahmah bagi fasa kedua (2) kepada setiap kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
BANTUAN RAHMAH FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,00
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
BANTUAN RAHMAH FASA 2
Bujang/Balu/Duda/Janda
Umur 21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang/Balu/Duda/Janda
Umur 60 tahun dan ke atas
RM150

CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Rahmah adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (berkahwin) mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH FASA 2 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Rahmah Fasa kedua (2), ikuti panduan check status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status penerima akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment