BANTUAN MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan Bantuan Kewangan Madani sehingga RM13 billion yang merupakan peruntukan ditahap tertinggi dalam sejarah bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Madani? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SENARAI BANTUAN MADANI 2025

Berikut merupakan antara senarai Bantuan Madani yang disalurkan sepanjang tahun ini :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Merupakan pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan Madani khas untuk 9 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Merupakan pemberian bantuan tambahan oleh Kerajaan Madani khas untuk 5.4 juta rakyat Malaysia yang juga merupakan penerima STR.

KADAR PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025

Setiap penerima akan menerima Bantuan Madani (STR dan SARA) mengikut kadar seperti berikut :

  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN DISALURKAN
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600
  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
PENERIMA SARA
BERDAFTAR DENGAN E-KASIH
PENERIMA SARA
BUKAN BERDAFTAR E-KASIH
Isi Rumah : RM2,100Isi Rumah : RM900
Warga Emas : RM1,650Warga Emas : RM450
Bujang : RM600Bujang : –

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025

Penyaluran Bantuan Madani (STR dan SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :

JENIS BANTUAN MADANITARIKH PENYALURAN 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Disalurkan secara berfasa :
Fasa1 : 22 – 28 Januari 2025
Fasa 2 : Mulai 3 April 2025
Fasa3 : Belum diketahui
Fasa 4 : Belum diketahui
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Disalurkan setiap bulan :
15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025
(Penerima Berdaftar e-Kasih)

1 April 2025 hingga 1 Disember 2025
(Penerima Bukan e-Kasih)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MADANI 2025

  • Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani STR :
    1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
    3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
    4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
    6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
    7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
    11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
    12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
    13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
    14. Selesai.
  • Paduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani SARA :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.

Leave a Comment