MYKASIH 2025 CHECK STATUS : CEK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)
Untuk membantu golongan yang memerlukan dan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan, kerajaan melaksanakan program bantuan SARA dengan menyalurkan bantuan bulanan terus melalui MyKad penerima bagi memastikan mereka mendapat barangan keperluan asas, termasuk makanan, dengan lebih mudah.
Bagaimanakah check status kelayakan penerima mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; atau
- Berstatus eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PORTAL RASMI CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
CHECK LIST BARANGAN DAPUR MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
CHECK JUMLAH BULANAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | – | RM 50 sebulan |
Bujang | – | – |
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Semak kelayakan