SEMAKAN STATUS BANTUAN STR (FASA 3 2026 ONLINE)
Untuk makluman anda, kerajaan telah memperkenalkan satu insiatif program bantuan tunai kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40), yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya mengutamakan pendekatan berteraskan rahmah dalam usaha membela kebajikan rakyat, terutamanya bagi golongan rentan dan mudah terjejas. Hal ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
Bagaimanakah semakan status bantuan str fasa 3 2026 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR BANTUAN SABAH RM600 FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Semakan status kelayakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) amat pentimg untuk memastikan bahawa pemohon atau penerima bantuan dapat memperoleh maklumat yang tepat mengenai kelayakan dan status pembayaran bantuan mereka, serta memberi peluang untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka jika perlu.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR
Status kelayakan penerima bantuan STR FASA 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Tekan (Semakan Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA.
- Selesai.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR
Penerima bantuan STR 2026 FASA 3 terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada dan Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Tiada had umur; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah; |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU); Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Kadar bantuan STR FASA 3 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke akaun bank penerima :
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit, bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Tarikh rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 3 2026 belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Semakan STR