BANTUAN MYSTR ONLINE : SEMAKAN STR FASA 3 2026
Pelaksanaan bayaran Bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) dan kedua (2) telah selesai dilaksanakan dan fasa ketiga (3) pula akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan MySTR secara online? Rujuk panduan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSARA ONLINE : CARA SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
APA ITU BANTUAN MYSTR?
Bantuan MySTR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan yang disalurkan secara tunai oleh Kerajaan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya pada perayaan-perayaan besar di Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Bantuan MySTR untuk tahun 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM700 setahun 1-2 anak : RM1,200 setahun 3-4 anak : RM1,700 setahun >5 anak : RM2,200 setahun |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0 anak : RM200 setahun 1-2 anak : RM450 setahun 3-4 anak : RM700 setahun >5 anak : RM950 setahun |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | Dibayar melalui Bantuan SARA |
| Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2026
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan MySTR dari Fasa 1, 2, 3 dan 4 untuk tahun 2026 :
| FASA BAYARAN | TARIKH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa 2 | Bermula 10 Mac 2026 dan berperingkat |
| Fasa 3 | Belum diketahui |
| Fasa 4 | Belum diketahui |
CARA TERIMA BANTUAN MYSTR 2026
Penerimaan Bantuan MySTR adalah melalui dua (2) cara yang mengikut keadaan penerima seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Terima bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR |
| Penerima tiada akaun bank | Terima bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
SEMAKAN BANTUAN MYSTR ONLINE
Anda boleh buat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR secara online untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Fasa 3. Layari Portal Rasmi MySTR di bawah dan ikuti cara semakan di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada puatan Portal Rasmi MySTR di atas.
- Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900430112345.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika yang dipaparkan betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka STR akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.