SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3 2026
Setiap individu yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus lulus akan menerima bayaran tunai sebanyak empat kali setahun mengikut tarikh bayaran yang ditetapkan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan kelayakan bayaran str fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut di sini.
Baca juga: AMAUN BULANAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2026
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026
Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Tiada had umur; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU); Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
Untuk makluman, amaun bayaran FASA 3 belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kenyataan rasmi dikeluarkan.
KADAR KELAYAKAN BAYARAN STR 2026
Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 2026 adalah seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini |
| Fasa 4 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini |
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA KREDIT BAYARAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Maklumat akaun bank; atau Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’ | Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026