SEMAKAN SARA BUKAN EKASIH ONE OFF 2024 : SEMAK STATUS (RM300/RM150)
Berita terkini! Bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM300 dan RM150 kepada penerima STR 2024 telah diagihkan bermula 9 Disember 2024 (Isnin).
Bantuan ini merupakan bantuan TAMBAHAN oleh Kerajaan secara one-off (sekaligus bayaran) kepada SEMUA penerima STR 2024 (bukan Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih).
Bagaimanakah semakan status sara bukan ekasih one off 2024?Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: SARA BUKAN EKASIH : ONE OFF 2024 SEMAKAN PENERIMA BANTUAN (RM300/RM150)
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
SARA ONE OFF 2024, merupakan bantuan lanjutan kepada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan ini disediakan untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih), dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang lulus STR 2024 (lulus dan penerima Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4), tanpa perlu melakukan sebarang permohonan.
Sebanyak RM300/RM150 akan diagihkan kepada 8 Juta penerima STR 2024, mengikut kategori kelayakan masing-masing, dan melalui pengkaedahan yang sama seperti bantuan STR iaitu secara TUNAI – (kedalam akaun bank penerima mengikut maklumat pendaftaran di MySTR).
BERBEZA dengan SARA MyKasih (Miskin/Miskin Tegar eKasih) dimana bantuan tersebut diagihkan secara TANPA tunai iaitu melalui kaedah pengkreditan kedalam MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di Kedai Runcit MyKasih.
CARA SEMAKAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF 2024)
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
CARA MOHON SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF 2024)
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.
TARIKH KEMASUKAN BAYARAN
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat dan semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
KADAR BANTUAN
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA (SEPERTI STR) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan / Bujang (60 tahun keatas) | RM 150 |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank :
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]