SEMAK BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN
Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu golongan belia dan individu bujang B40 mendepani cabaran kos sara hidup menerusi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berkuat kuasa tahun 2026, struktur agihan kewangan bagi kategori bujang telah diselaraskan di mana penerima STR bujang akan menerima pengkreditan khusus menerusi MyKad untuk pembelian barangan asas SARA Bulanan. Adakah anda ingin membuat semak bantuan bujang bagi tahun 2026 secara online? Berikut merupakan langkah-langkah semak bantuan bujang menerusi portal rasmi.
Baca juga: CARA CHECK STATUS STR SECARA ONLINE (FASA 3 2026)
SENARAI BANTUAN BUJANG 2026
Antara bantuan yang layak diterima oleh golongan bujang bagi tahun 2026 adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Untuk makluman, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan, DAN bayaran setiap fasa STR digantikan dengan SARA.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2026
Sebelum membuat semakan, pastikan anda memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia;
- Status Perkahwinan :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Kategori Umur :
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
- Orang Kurang Upaya (OKU) Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun;
- Pendapatan bulanan : Tidak melebihi RM2,500;
- Status Pengajian : Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
SEMAK BANTUAN BUJANG ONLINE
Status kelayakan bantuan bujang boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Semakan Permohonan.
- Status kelayakan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN BUJANG
Amaun bantuan yang akan diterima oleh penerima bujang yang layak adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (eKasih) | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 Setiap Bulan | RM600 |
JADUAL PELAKSANAAN BAYARAN BANTUAN BUJANG
Berikut adalah tarikh dan tempoh penyaluran bagi penerima kategori bujang :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
CARA TEBUS BANTUAN BUJANG MENERUSI MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
Selesai.
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BANTUAN BUJANG
Q1 : Adakah saya perlu membuat permohonan baharu setiap tahun?
Jawapan : Sekiranya anda pernah memohon dan tiada sebarang perubahan maklumat (seperti status perkahwinan atau pekerjaan), data anda akan dikemas kini secara automatik. Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak pernah mengemas kini data selama 3 tahun berturut-turut diwajibkan membuat kemas kini di portal MySTR.
Q2 : Bagaimana jika saya lupa kata laluan portal MySTR?
Jawapan : Anda boleh menggunakan fungsi Lupa Kata Laluan di portal rasmi MySTR, di mana kod verifikasi (TAC) akan dihantar ke nombor telefon atau e-mel yang telah didaftarkan.
TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Bujang atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Semak Bantuan Bujang. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca