SARA BUKAN EKASIH : ONE OFF 2024 SEMAKAN PENERIMA BANTUAN (RM300/RM150)
Berita Terkini! Tarikh pengagihan bantuan SARA one-off telah dikeluarkan, dan semakan kemasukan bayaran juga boleh dilakukan sekarang.
Untuk makluman anda SARA ONE OFF 2024, dan SARA EKASIH adalah bantuan yang berbeza, dimana bantuan one off merupakan bantuan tambahan Kerajaan Madani, kepada semua penerima STR 2024.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan sara bukan ekasih (sara one off) rm300/rm150 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: BANTUAN SARA DIRI ONE OFF 2024 SEMAK BAYARAN (RM300/RM150)
PENGENALAN SARA ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off ialah BANTUAN KHAS oleh Kerajaan Madani kepada semua penerima bantuan STR 2024 (berstatus BUKAN Miskin/Miskin Tegar).
Penerima bantuan STR 2024 (penerima Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4) akan secara langsung menerima bantuan ini TANPA perlu melakukan permohonan.
Bantuan akan diagihkan sebanyak RM300/RM150 mengikut kategori kelayakan masing-masing, mengikut kaedah penyaluran bantuan STR iaitu secara TUNAI kedalam akaun bank penerima mengikut maklumat pendaftaran di MySTR.
BERBEZA dengan SARA MyKasih (Miskin/Miskin Tegar eKasih) dimana bantuan tersebut diagihkan secara TANPA tunai iaitu melalui kaedah pengkreditan kedalam MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di Kedai Runcit MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA BUKAN EKASIH (ONE OFF)
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
CARA MOHON BANTUAN SARA ONE OFF
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.
TARIKH KEMASUKAN BAYARAN SARA BUKAN EKASIH ONE OFF
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat dan semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
SEMAKAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF 2024)
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA (SEPERTI STR) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan / Bujang (60 tahun keatas) | RM 150 |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank :
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Assalamualaikum nama saya Pn Junaidah Binti Harun adakah saya layak untuk bantuan ekasih one off RM 300
Boleh check di Portal Rasmi MySTR
Terima kasih
Terima
nak tnya untuk ibu/bapa tunggal ada anak dpt skli tak ???
“Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas pemberian bantuan tunai RM300 ini. Bantuan ini amat bermakna dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan, terutama dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan bantuan ini sampai kepada kami. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Terima kasih sekali lagi!”