SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025 : CHECK STATUS SEKARANG

Pada tahun 2025, Bantuan Tambahan yang bernilai sehingga RM1,200 akan diberikan kepada golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup bagi membantu meningkatkan dayatahan kewangan untuk mengurangkan bebanan sara hidup.

Apa itu bantuan tambahan rm1200 dan bagaimanakah semakan nama penerima? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (PENGESAHAN PILIHAN KAEDAH TERIMAAN)

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN 2025

Bantuan Tambahan atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah sebagai wang tambahan bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kewangan untuk menghadapi isu peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

BERAPAKAH JUMLAH NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025

Setakat ini, jumlah penerima yang telah disahkan layak menerima Bantuan Tambahan bernilai RM1,200 adalah seramai 700,000 ribu merangkumi golongan berkeluarga dan bujang. Manakala jumlah penerima yang layak menerima Bantuan Tambahan bernilai RM900 adalah seramai 4.1 juta.

BAGAIMANAKAH BANTUAN TAMBAHAN RM1200 DISALURKAN

Penyaluran Bantuan Tambahan lazimnya berbeza bagi setiap negeri penerima, iaitu :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan untuk pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).
  • Penerima di Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerim atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur dua (2) kali setahun.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025

Untuk mengetahui nama sebagai penerima Bantuan Tambahan bernilai RM1,200 bagi sepanjang tahun 2025, ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Sekiranya semakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Pemohon’, semakan seterusnya boleh dibuat pada pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

3 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment