BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (PENGESAHAN PILIHAN KAEDAH TERIMAAN)

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (PENGESAHAN PILIHAN KAEDAH TERIMAAN)

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini juga, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tahun 2025 kepada kesemua pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah bagi membantu menampung kos perbelanjaan kelengkapan barang sekolah untuk persekolahan sesi 2025.

Bagaimanakah pengesahan pilihan kaedah terima bantuan awal persekolah melalui borang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DIBERIKAN

Kerajaan akan memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada setiap pelajar dan murid tahun satu (1) hingga ke pelajar tingkatan lima (5) pada tahun 2025 dengan jumlah sebanyak RM150 setiap seorang.

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
DIBERIKAN
Pelajar darjah satu (1)
sehingga
Pelajar tingkatan lima (5)
RM150 setiap seorang pelajar

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Antara syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Awal Persekolan adalah :

  • Warganegara Malaysia : Pelajar mestilah warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah : Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Kategori pelajar : Akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KAEDAH TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan akan disalurkan bagi setiap sekolah dan akan diberikan kepada setiap pelajar melalui cara-cara berikut :

  • Serahan tunai kepada ibu/bapa atau penjaga pelajar di sekolah; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun bank ibu/bapa atau penjaga.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN UNTUK PENGESAHAN PILIHAN KAEDAH TERIMAAN

Untuk mendapatkan borang Bantuan Awal Persekolahan bagi pengesahan pilihan kaedah terimaan, ibu/bapa atau penjaga boleh mendapatkan borang seperti di atas melalui :

  • Daripada sekolah : Borang Bantuan Awal Persekolahan biasanya diedarkan oleh pihak sekolah melalui guru kelas atau pihak pentadbiran; atau
  • Muat turun dalam talian (Jika ada) : Semak laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau laman sesawang sekolah jika borang telah disediakan secara digital.

*Nota : Untuk pengesahaan penerimaan Bantuan Awal Persekolahan, ibu/bapa atau penjaga disarankan untuk menerima secara tunai di sekolah seperti tahun sebelum ini.

CARA MENGISI BORANG BAP

Ibu/bapa atau penjaga yang perlu mengisi borang bantuan secara manual, perlu mengikuti cara seperti berikut :

  1. Lengkapkan semua bahagian dengan tepat dan jelas.
  2. Gunakan pen berdakwat hitam atau biru.
  3. Pastikan tandatangan ibu/bapa atau penjaga dimasukkan sebelum menghantar borang.
  4. Jika ragu-ragu, dapatkan bantuan guru kelas atau pihak pentadbiran sekolah untuk menjelaskan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

1 thought on “BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (PENGESAHAN PILIHAN KAEDAH TERIMAAN)”

Leave a Comment