SEMAKAN MYSTR ONLINE : FASA 3 2026
Melalui Portal MySTR, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menggunakan sistem ini untuk pelbagai tujuan termasuk permohonan, semakan status, kemaskini maklumat, semakan jumlah pembayaran dengan mudah secara online.
Bagaimanakah semakan mystr fasa 3 2026 secara online? Ikuti Info lanjut di sini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK ONLINE
PORTAL MYSTR ONLINE
Portal rasmi untuk urusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Laman MySTR amat penting untuk penerima :
- Semak status permohonan;
- Semak status kelayakan terkini;
- Semak status permohonan rayuan;
- Kemas kini permohonan; dan
- Jumlah kelayakan bayaran.
SYARAT KELAYAKAN MYSTR FASA 3
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| ISI RUMAH | WARGA EMAS TANPA PASANGAN | BUJANG |
|---|---|---|
Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
| Tiada had umur | Berumur 60 tahun dan ke atas; | Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU) |
| Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah |
| – | – | Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
SEMAKAN JUMLAH MYSTR 2026
Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan (Bujang) (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan |
Jumlah bayaran Fasa 3 belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
CARA SEMAKAN MYSTR ONLINE
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN DUIT MYSTR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
INFO BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026