CARA SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH – PANDUAN LENGKAP
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat membantu mengurangkan beban kewangan golongan yang memerlukan terutama B40 dalam menyokong kos sara hidup termasuk memenuhi barangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan seharian.
Bagaimanakah cara semak bantuan asas rahmah? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSTR ONLINE : FASA 3 2026
BANTUAN ASAS RAHMAH
Bantuan asas rahmah atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program lanjutan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana bantuan ini diberikan secara automatik kepada setiap penerima STR sebagai bantuan tambahan yang dilaksanakan secara tanpa tunai dalam tempoh 12 bulan khusus untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
| Syarat Kelayakan | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih & Bukan eKasih; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan |
| Cara Pelaksanaan | Secara tanpa tunai (cashless) MyKad |
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL MASUK DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas; 16 Januari 2026 – Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 |
| Mac | 1 Mac 2026 |
| April | 1 April 2026 |
| Mei | 1 Mei 2026 |
| Jun | 1 Jun 2026 |
| Julai | 1 Julai 2026 |
| Ogos | 1 Ogos 2026 |
| September | 1 September 2026 |
| Oktober | 1 Oktober 2026 |
| November | 1 November 2026 |
| Disember | 1 Disember 2026 |
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026