SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK ONLINE

SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK ONLINE

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dalam bentuk tunai kepada ibu kelahiran Sarawak yang melahirkan anak diteruskan untuk tahun 2026 bagi memastikan keperluan ibu serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang terjaga.

Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan ibu bersalin sarawak online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA SEMAK MYKASIH ONLINE 2026 : PANDUAN LENGKAP

BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah inisiatif bantuan tunai yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, bermula 1 Januari 2020 oleh Kerajaan Sarawak kepada para wanita atau ibu yang baru melahirkan anak tanpa mengira bangsa, agama ataupun status sosio-ekonomi untuk meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak serta menyokong keperluan nutrisi serta penjagaan diri buat ibu sepanjang tempoh berpantang.

AMAUN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Kadar bantuan yang diberikan kepada ibu yang baru melahirkan anak adalah seperti berikut :

JENIS BANTUANKADAR BANTUAN (RM)
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) SarawakRM450.00

KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu Mengandung;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
  • Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
  • Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
  • Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.

Info TAMBAHAN :

  • Permohonan HANYA BOLEH dibuat selepas bersalin (melahirkan) atau dalam tempoh masa 3 bulan selepas bersalin; atau
  • Selepas bersalin pada usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja)

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum membuat permohonan, individu yang layak hendaklah mempunyai :

  • Akaun SarawakPass (dahulunya dikenalisebagai SarawakID) yang aktif dan telah disahkan; dan
  • Akaun SPayGlobal yang aktif.

CARA MOHON BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Untuk memohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), para ibu perlu menyediakan dokumen sokongan seperti :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Penjaga (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
  • Salinan Sijil Perkahwinan sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
  • Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan); dan
  • Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.

KAEDAH PENYALURAN DUIT

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) akan dikreditkan kepada para ibu yang layak seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH BAYARAN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) SarawakBermula tahun 2026, duit bantuan akan dikreditkan melalui akaun SPayGlobal penerima yang aktif

SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Setelah membuat permohonan, status kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
  2. ⁠Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
  3. Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
  4. Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
  5. Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
  6. Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Pejabat : 082-374700
  • Talian Khidmat (WhatsApp) : 014-6881398
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383

Leave a Comment