SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM600)

SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM600)

Selaras dengan pembentangan Belanjawan 2026 Negeri Sabah dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah, sebanyak RM339.16 juta diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH).

Bagaimanakah semakan status online bantuan syukur sabah 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TUJUAN PROGRAM SYUKUR SABAH

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur Sabah) adalah seperti berikut :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Kelayakan Bantuan Syukur Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan;
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Status kelayakan Syukur Sabah boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Kadar bantuan Syukur Sabah adalah seperti di bawah :

FASA BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1RM600
Fasa 2RM600
Fasa 3RM600
Fasa 4RM600

TARIKH PENYALURAN SYUKUR SABAH

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASA BAYARANJENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Fasa 1Mempunyai Akaun Bank 11 Mac 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Fasa 2Mempunyai Akaun Bank21 Mei 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
18 – 23 Jun 2026
Fasa 3Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan
Fasa 4Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan

CARA PENYALURAN SYUKUR SABAH

Bantuan Syukur Sabah akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMA KAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

2 thoughts on “SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM600)”

Leave a Comment