CEK BAYARAN BANTUAN SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUKUR (RM600)

CEK BAYARAN BANTUAN SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUKUR (RM600)

Bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan satu program bantuan tunai untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi sekligus untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar selaras dengan agenda nasional.

Bagaimanakah cek status penerima bayaran bantuan sabah 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAYARAN BANTUAN SABAH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600)

PENGENALAN BANTUAN SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya mereka daripada golongan B40 (Miskin dan Miskin Tegar eKasih) dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan;
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

Penyaluran Bantuan Sabah 2026 adalah seperti berikut :

FASA BAYARANJENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Fasa 1Mempunyai Akaun Bank 11 Mac 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Fasa 2Mempunyai Akaun Bank21 Mei 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
18 – 23 Jun 2026
Fasa 3Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan
Fasa 4Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH

Kadar bantuan Sabah yang diberikan adalah seperti berikut :

FASA BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1RM600
Fasa 2RM600
Fasa 3RM600
Fasa 4RM600

CEK STATUS BAYARAN BANTUAN SABAH

Status Kelayakan Bayaran Bantuan Sabah boleh d isemak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN SABAH

Bantuan Sabah akan disalurkan seperti berikut :

JENIS PENERIMA KAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment