SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Hebahan terkini, Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) akan dikreditkan kepada lebih 8.5 juta penerima sedia ada dan penerima baharu bermula pada 24 Mac 2025 (hari ini) dan secara berperingkat bagi membantu rakyat membuat persiapan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 akan bermula pada hari ini seperti tarikh berikut :
CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 |
---|---|
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Pengkreditan dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk Fasa 2 masih sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
- Tiada maklumat perbankan; dan
- Status ‘Gagal Kredit’.
- Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan bagi yang :
- Mempunyai nombor akaun bank yang aktif.
NILAI BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Nilai Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah bergantung kepada kategori kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan ke bawah | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Untuk semakan status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 hanya boleh dilakukan melalui pautan rasmi di bawah :
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Setelah halaman utama Bantuan Tunai Rahmah dipaparkan, sila ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Pada halaman utama, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Rahmah (STR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :