SEMAK JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bentuk bantuan tanpa tunai (cashless) daripada Kerajaan Malaysia yang disalurkan terus melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya berdaftar. Kadar bayaran yang diterima oleh penerima SARA dalam MyKad adalah berbeza untuk setiap penerima di mana bayaran akan diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagi penerima SARA, langkah untuk semak jumlah bayaran SARA yang dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad adalah amat penting untuk merancang perbelanjaan.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk membantu anda semak jumlah bayaran SARA, mengetahui jadual kemasukan kredit bulanan, serta menyemak senarai barangan yang boleh dibeli.
Baca juga: BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM600
JUMLAH BAYARAN SARA 2026 MENGIKUT KATEGORI
Jumlah elaun bulanan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima bergantung kepada kategori kelayakan yang telah diluluskan :
- Amaun Bulanan :
| KATEGORI | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
- Total Kelayakan Setahun:
| KATEGORI | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 Setahun | RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM1,800 Setahun | RM600 Setahun |
| Bujang | RM1,200 Setahun | RM600 Setahun |
Nota Penting: Baki elaun bulanan SARA yang tidak dihabiskan pada bulan semasa tidak akan luput serta-merta, sebaliknya dibawa ke bulan seterusnya sehingga tempoh akhir program pada 31 Disember 2026.
SEMAK STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Semakan status, jumlah dan baki bayaran SARA boleh di semak dengan mudah melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status Kelayakan | Layak |
| Tarikh Luput | 31/12/2026 |
| Baki / Jumlah Bayaran Terkini | Contoh : 100.00 |
CARA GUNA MYKAD UNTUK BELANJA BARANG ASAS
Selepas anda semak jumlah bayaran SARA dan mendapati kredit telah dimasukkan, anda boleh menggunakannya dengan langkah berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI GUNA SARA
Peruntukan SARA khusus untuk barangan keperluan asas seharian sahaja. Antara kategori barangan yang diluluskan termasuk :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Barangan Perasa / Bahan Masakan;
- Minuman Minuman Sehari-hari;
- Makanan Sejuk Beku;
- Makanan Dalam Tin;
- Produk Kebersihan Diri;
- Bahan Kebersihan Rumah;
- Ubat-ubatan Berdaftar;
- Barangan persekolahan;
PERTANYAAN & TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Semak Jumlah Bayaran SARA. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.