SEMAK KELAYAKAN MYSALAM : TUNTUTAN 2026

SEMAK KELAYAKAN MYSALAM : TUNTUTAN 2026

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40).

Melalui skim ini, penerima yang layak boleh menuntut elaun harian hospitalisasi sehingga RM700 serta bayaran tunai sekali gus (lump sum) sebanyak RM8,000 jika disahkan menghidap penyakit kritikal.

Panduan lengkap semak kelayakan mySalam 2026 kini boleh dilakukan secara atas talian (online) dengan mudah dan pantas.

BACA JUGA : JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN 2026

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima mySalam :

  • Status Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
  • Status Bantuan Kerajaan: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diluluskan.
  • Had Umur:
    • Penerima Berkahwin: Umur 18 hingga 65 tahun.
    • Penerima Bujang: Umur 21 hingga 65 tahun.
    • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU): Umur 18 hingga 65 tahun.
  • Had Pendapatan: Tertakluk kepada kualifikasi penerima STR (pendapatan isi rumah / individu mengikut kategori kelayakan).

JENIS TUNTUTAN MYSALAM

Terdapat dua (2) jenis tuntutan mySalam, iaitu :

  • Tuntutan Hospitalisasi :
    • Bagi penerima yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti atau hospital angkatan tentera, penerima boleh tuntut mySalam sebagai pendapatan gantian minimum sehari sehingga maksimum 14 hari.
  • Tuntutan Penyakit Kritikal :
    • Bagi penerima yang disahkan mengidap salah satu (1) daripada 50 penyakit kritakal yang tersenarai di mySalam boleh mentuntut manfaat hanya sekali seumur hidup.

KADAR TUNTUTAN MYSALAM

Penerima boleh buat tuntutan mySalam mengikut jenis manfaat dan kadar seperti berikut :

JENIS MANFAATKADAR TUNTUTAN
HospitalisasiRM50 – sehari
atau
RM700 – 14 hari
Penyakit KritikalRM8,000 sekali seumur hidup

SEMAK KELAYAKAN MYSALAM

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima mySalam. Sila ikut cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Laman web rasmi mySalam akan dipaparkan.
  3. Terus masukkan nombor Kad Penganalan anda.
    • *12 digit tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 901010123456.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Status kelayakan sebagai penerima mySalam akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA TUNTUTAN MYSALAM

Berikut merupakan contoh cara tuntutan mySalam untuk penyakit kritikal :

  1. Sila layari laman web rasmi mySalam : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Laman web rasmi mySalam akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian ‘Log Masuk Ke Portal’.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Masukkan kata laluan yang anda telah tetapkan.
  6. Klik pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN UNTUK TUNTUTAN MYSALAM

Untuk memastikan proses tuntutan dan kelulusan permohonan berjalan lancar, sediakan dokumen berikut dalam bentuk salinan digital (PDF/JPEG) :

  • Untuk Tuntutan Hospitalisasi:
    • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
    • Nota Pelepasan Wad (Discharge Note/Summary) dari hospital kerajaan.
  • Untuk Tuntutan Penyakit Kritikal:
    • Salinan Kad Pengenalan.
    • Borang Laporan Perubatan / Kenyataan Doktor yang telah dilengkapkan oleh doktor pakar yang merawat.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment