BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM600

BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM600

Program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sabah di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Seramai hampir 140,000 rakyat kelahiran asal serta bermastautin di Negeri Sabah melebihi satu (1) tahun layak untuk menerima bantuan ini untuk tahun 2026.

Ramai rakyat Sabah kini tertanya-tanya soalan utama iaitu bilakah masuk Syukur Sabah bagi pembayaran Fasa 3 tahun 2026. Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang kemas kini penting, artikel ini menyediakan panduan lengkap merangkumi jadual rasmi pembayaran, syarat kelayakan, kadar bantuan RM600, serta cara semakan status menerusi portal rasmi.

Baca juga : STR 2026 BILA MASUK (FASA 3) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JADUAL BAYARAN : BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 3?

Agihan peruntukan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) disalurkan secara berfasa sebanyak empat (4) kali setahun. Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM2,400 setahun (bersamaan RM200 sebulan) dan dibayar secara gandaan RM600 bagi setiap fasa.

Berikut adalah jadual pembayaran bantuan SYUKUR Sabah 2026:

FASA PEMBAYARANJUMLAH BANTUANTARIKH / TEMPOH BAYARANSTATUS AGIHAN
Fasa 1RM600Januari – Mac 2026Selesai Dibayar
Fasa 2RM600April – Jun 2026Selesai Dibayar
Fasa 3RM600Julai – September 2026Belum Dilaksanakan
Fasa 4RM600Oktober – Disember 2026Belum Dilaksanakan

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH

Untuk memastikan bantuan disasarkan secara telus, penerima bayaran RM600 bagi Fasa 3 mestilah memenuhi syarat-syarat utama berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

SEMAK KELAYAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Bagi anda yang ingin menyemak sama ada permohonan telah diluluskan atau ingin menyemak status kemasukan bayaran Fasa 3, sila ikuti langkah mudah di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di Portal SYUKUR : https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

KAEDAH AGIHAN & KEMASUKAN DUIT BANTUAN RM600

Penyaluran wang bantuan SYUKUR Sabah dilakukan melalui dua kaedah utama :

  • Pengkreditan Ke Akaun Bank : Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in mengikut akan yang telah didaftarkan dalam sistem.
  • Serahan Secara Tunai : Bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus gagal kredit, pembayaran disalurkan secara tunai menerusi Pejabat Daerah berhampiran atau di kaunter bank.

TALIAN BANTUAN & PERTANYAAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat (Bantuan Sabah), anda boleh rujuk saluran berikut :

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi PADANS dan dikongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Bila Masuk Syukur Sabah. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment