SEMAK BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

SEMAK BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

Kerajaan Malaysia menyalurkan elaun SARA terus ke dalam MyKad penerima secara bulanan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak digunakan sebelum tarikh akhir akan luput secara automatik dan tidak lagi boleh digunakan untuk menebus barangan keperluan asas.

Sekiranya anda ingin menyemak baki elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda, berikut merupakan langkah untuk semak baki SARA bulanan dalam MyKad dengan mudah dan boleh dilakukan sama ada secara dalam talian (online) atau melalui resit pembelian di kedai panel MyKasih.

Bagi memastikan elaun anda digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput, ikuti panduan lengkap semak baki SARA bulanan di bawah.

Baca juga: AMAUN BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN FASA 3

KAEDAH UTAMA SEMAK BAKI SARA BULANAN

Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah boleh memilih salah satu daripada 2 cara utama untuk mengetahui baki semasa:

  • Semakan Secara Online : Menerusi Portal Rasmi SARA MyKasih (Tanpa Perlu Log Masuk).
  • Semakan Fizikal pada Resit : Dipaparkan di bahagian bawah resit selepas transaksi pembelian dibuat di kaunter pasar raya panel.

SEMAK BAKI SARA BULANAN SECARA ONLINE

Baki bayaran SARA bulanan dalam MyKad boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan SARA : https://sara.gov.my/ atau terus ke https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Di halaman utama, klik pada butang Semak Kelayakan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) (Contoh : 880102105555).
  4. Tekan butang Semakan Status.
  5. Paparan skrin akan menunjukkan maklumat terperinci termasuk :
Status KelayakanLayak
Jumlah Baki Semasa (RM)Contoh : RM100.00
Tarikh Luput Elaun31 Disember 2026

SEMAK BAKI SARA BULANAN MENERUSI RESIT PEMBELIAN

Sekiranya anda tidak mempunyai akses internet, anda boleh menyemak baki elaun terus selepas berbelanja di kedai/pasar raya panel MyKasih (seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, Giant) :

  1. Ambil resit bayaran selepas membuat pembelian barangan dapur menggunakan MyKad.
  2. Lihat pada bahagian paling bawah resit bayaran tersebut.
  3. Tertera ruangan Baki Elaun MyKasih / SARA yang menunjukkan jumlah baki kredit terkumpul yang tinggal untuk bulan berkenaan.

KADAR ELAUN SARA BULANAN 2026

Pengkreditan elaun bulanan ke dalam MyKad disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

Baki elaun SARA dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas yang diluluskan di bawah program MyKasih, antaranya :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Barangan Perasa / Bahan Masakan;
  • Minuman Minuman Sehari-hari;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Bahan Kebersihan Rumah;
  • Ubat-ubatan Berdaftar;
  • Barangan persekolahan;

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BAKI SARA BULANAN

  • Adakah baki SARA bulanan yang tidak digunakan akan luput pada hujung bulan?
    • Tidak. Baki SARA yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan berikutnya dan dikumpulkan. Walau bagaimanapun, keseluruhan baki mesti dihabiskan sebelum 31 Disember 2026.
  • Bolehkah baki SARA dikeluarkan secara tunai dari ATM?
    • Tidak boleh. Baki elaun SARA berada dalam bentuk kredit tanpa tunai (cashless) di dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barang dapur di kedai panel berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Cara Semak Baki SARA Bulanan. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment