JADUAL BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026
Penyaluran bantuan SARA dilakukan secara berkala pada setiap awal bulan secara cashless menerusi MyKad mengikut jadual bayaran SARA bulanan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memudahkan penerima yang layak merancang pembelian barangan keperluan dapur sepanjang tahun 2026.
Adakah anda ingin mengetahui bila tarikh pengkreditan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan ke dalam MyKad anda? Bagi memastikan anda tidak terlepas maklumat penting, ikuti panduan terperinci jadual bayaran SARA bulanan serta amaun terkini di bawah.
Baca juga: SEMAK BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD
JADUAL BAYARAN SARA BULANAN
Kredit elaun SARA dimasukkan secara automatik ke dalam sistem MyKad penerima mengikut jadual yang ditetapkan :
| BULAN PEMBAYARAN | TARIKH KEMASUKAN KREDIT | STATUS PENYALURAN |
|---|---|---|
| Bulan 1 (Januari) | 9 Januari 2026 | Selesai |
| Bulan 1 (Januari) | 16 Januari 2026 | Selesai |
| Bulan 2 (Februari) | 1 Februari 2026 | Selesai |
| Bulan 3 (Mac) | 1 Mac 2026 | Selesai |
| Bulan 4 (April) | 1 April 2026 | Selesai |
| Bulan 5 (Mei) | 1 Mei 2026 | Selesai |
| Bulan 6 (Jun) | 1 Jun 2026 | Selesai |
| Bulan 7 (Julai) | 1 Julai 2026 | Selesai |
| Bulan 8 (Ogos) | 1 Ogos 2026 | Selesai |
| Bulan 9 (September) | 1 September 2026 | Akan Datang |
| Bulan 10 (Oktober) | 1 Oktober 2026 | Akan Datang |
| Bulan 11 (November) | 1 November 2026 | Akan Datang |
| Bulan 12 (Disember) | 1 Disember 2026 | Akan Datang |
AMAUN BAYARAN SARA BULANAN
Pengkreditan elaun bulanan disalurkan mengikut kategori kelayakan dan status pendaftaran eKasih pemohon :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total RM2,400 Setahun) | RM100 Setiap Bulan (Total RM1,200 Setahun) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total RM1,800 Setahun) | RM50 Setiap Bulan (Total RM600 Setahun) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total RM1,200 Setahun) | RM50 Setiap Bulan (Total RM600 Setahun) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA
Penerima yang layak menerima kredit mengikut jadual bayaran SARA bulanan, mesti memenuhi syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK STATUS BAYARAN SARA BULANAN
Sebelum berbelanja di pasar raya, penerima disarankan menyemak status pengkreditan terlebih dahulu :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Kemudian tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (mengikut kelayakan penerima) |
CARA GUNA MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN SARA
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan SARA, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) JADUAL BAYARAN SARA BULANAN
- Adakah baki kredit SARA akan luput jika tidak dihabiskan pada bulan tersebut?
- Tidak. Baki elaun yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan hadapan dan dihimpunkan. Namun, keseluruhan baki mesti dihabiskan sebelum 31 Disember 2026.
- Kenapa kredit elaun tidak masuk mengikut jadual bayaran SARA bulanan?
- Kemasukan kredit dibuat secara berperingkat pada awal bulan. Sekiranya belum ada kemasukan, sila semak status permohonan STR anda atau hubungi pihak MyKasih untuk bantuan teknikal.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Jadual Bayaran SARA Bulanan. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.