AMAUN BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN FASA 3
Kerajaan Malaysia meneruskan penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40 yang layak. Jumlah bayaran yang diterima oleh setiap pemohon adalah berbeza-beza mengikut kategori pendapatan, bilangan anak, serta status perkahwinan.
Adakah anda ingin mengetahui berapa amaun bantuan STR yang bakal diterima untuk Fasa 3? Bagi memastikan anda mendapat jumlah yang betul, ikuti panduan lengkap mengenai amaun bantuan STR Fasa 3 serta jadual pembayaran terkini di bawah.
Baca juga: CARA SEMAK MYKASIH ONLINE 2026 : PANDUAN LENGKAP
AMAUN BANTUAN STR FASA 3
Amaun bantuan STR bagi penyaluran Fasa 3 disalurkan mengikut kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dilakukan secara berperingkat dalam 4 fasa utama :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH RASMI | KATEGORI TERLIBAT |
|---|---|---|
| STR Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas |
| STR Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Isi Rumah & Warga Emas |
| STR Fasa 3 | Belum diumumkan | Isi Rumah & Warga Emas |
| STR Fasa 4 | Belum diumumkan | Isi Rumah & Warga Emas |
CARA SEMAK BANTUAN STR ONLINE
Penerima boleh menyemak status bantuan STR secara online :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-).
- Klik pada butang Semak.
- Sahkan Kunci Keselamatan akaun anda.
- Masukkan Kata Laluan dan klik Log Masuk.
- Klik pada menu Semakan Permohonan.
- Skrin akan memaparkan butiran :
- Status Kelayakan (Lulus / Dalam Proses);
- Amaun Bantuan STR Disalurkan;
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR
Untuk memastikan permohonan anda lulus dan menerima bantuan STR, anda perlu memenuhi kriteria berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Tiada had umur; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU); Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
KAEDAH BAYARAN & PENGKREDITAN
Kerajaan menyediakan dua kaedah penyaluran bantuan STR bagi memudahkan penerima :
- Kredit Ke Akaun Bank : Bayaran dimasukkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank utama yang didaftarkan semasa permohonan.
- Tunai Di Kaunter BSN : Khusus bagi penerima yang tiada akaun bank atau status kredit gagal. Penerima perlu membawa MyKad asal ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
SOALAN LAZIM (FAQ) AMAUN BANTUAN STR
- Apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya status bayaran “Gagal Kredit”
- Jika status memaparkan “Alasan Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke cawangan BSN berdekatan untuk menuntut bayaran secara tunai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Amaun Bantuan STR 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.