SEMAK BAKI BANTUAN SARA YANG ADA DALAM MYKAD 2026
Program Bantuan SARA merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar dengan menyalurkan elaun bulanan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad. Artikel ini menyediakan panduan lengkap dan terkini mengenai cara semakan baki SARA, tarikh kemasukan kredit, serta senarai barang yang boleh dibeli.
Adakah anda penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026? Penting untuk anda tahu cara semak baki Bantuan SARA dari semasa ke semasa supaya anda boleh merancang pembelian barangan keperluan asas harian dengan lebih baik di pasar raya berdaftar.
Baca juga: SEMAK MYSTR ONLINE : CARA LOGIN & SEMAKAN STATUS STR FASA 3
APA ITU BANTUAN SARA 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan khas yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.
Bantuan ini dikreditkan secara elaun bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya rakan niaga MyKasih seluruh negara.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA ONLINE
Untuk membuat semakan baki elaun SARA yang masih ada dalam MyKad anda, ikuti langkah mudah berikut menerusi portal rasmi MyKasih:
- Layari portal rasmi semakan SARA di pautan https://sara.gov.my/
- Klik pada butang ‘Semak Kelayakan’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda tanpa sebarang tanda sempang (-).
- Tekan butang ‘Semakan Status’.
- Baki semasa Bantuan SARA anda akan dipaparkan.
SEMAKAN BAKI SARA MELALUI RESIT PEMBELIAN
Selain membuat semakan secara dalam talian, anda juga boleh mengetahui baki semasa secara fizikal semasa berbelanja :
- Semak Resit Bayaran : Setiap kali anda membuat bayaran menggunakan MyKad di kaunter pasar raya berdaftar, baki elaun SARA yang tinggal akan dicetak secara automatik di bahagian bawah resit pembelian anda.
- Tanya Kaunter Juruwang : Anda boleh meminta juruwang untuk menyemak baki SARA anda terlebih dahulu sebelum membuat imbasan barang keperluan.
KADAR BANTUAN SARA 2026
Kadar bantuan elaun SARA disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI GUNA SARA
Elaun SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan dalam sistem MyKasih seperti :
- Beras : Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5;
- Roti : Gardenia, Massimo, Mighty White;
- Telur : CP, NutriPlus, QL Eggs;
- Minyak Masak : Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni;
- Tepung : Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros;
- Biskut : Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng;
- Mi Segera : Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap;
- Minuman : Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold;
- Makanan Dalam Tin : Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi;
- Bahan Perasa : Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza;
- Produk Kebersihan Diri : Colgate, Dettol, Kotex;
- Ubat-Ubatan (OTC) : Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar;
- Barangan Persekolahan : Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata;
- Barangan Kebersihan Rumah : Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai;
- Makanan Sejuk Beku (Lokal) : Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku.
SOALAN LAZIM (FAQ) – SEMAK BAKI SARA
- Adakah baki Bantuan SARA bulan ini akan luput jika tidak dihabiskan?
- Baki elaun SARA yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan berikutnya (accumulative) sehingga 31 Disember 2026. Sekiranya baki Bantuan SARA tidak dihabiskan pada tarikh berikut, baki tersebut akan luput secara automatik.
- Apa perlu dibuat jika kad pengenalan rosak atau cip tidak boleh dibaca?
- Anda perlu menggantikan MyKad anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu. Setelah MyKad baru siap, anda boleh menggunakan MyKad tersebut untuk membeli barangan MyKasih.
- Di manakah saya boleh guna baki SARA ini?
- Anda boleh berbelanja di mana-mana rakan niaga MyKasih yang sah seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave, Speedmart 99, TF Value-Mart, dan kedai runcit terpilih yang mempunyai logo MyKasih.
KESIMPULAN
Proses untuk semak baki Bantuan SARA adalah sangat mudah dan cepat. Pastikan anda menyemak baki anda secara berkala sama ada di portal rasmi MyKasih atau melalui resit pembelian supaya anda dapat memanfaatkan bantuan kerajaan ini secara optimal untuk keperluan isi rumah anda.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Segala semakan dan permohonan rasmi hendaklah dibuat terus melalui portal rasmi LHDNM.