BAKI BAYARAN BANTUAN SARA – PANDUAN CARA SEMAK
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan (bermula Januari hingga Disember). Bayaran sehingga bulan Mei telah selesai dikreditkan dan ianya bermaksud masih ada baki bayaran yang akan dikreditkan selama 7 bulan ini.
Bagaimanakah semak baki bayaran Bantuan SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN PADANS SABAH : STATUS BAYARAN SYUKUR FASA 2 2026
SISTEM BAYARAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan sistem bayaran Bantuan SARA untuk tahun ini kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak :
| SISTEM BAYARAN | MEDIUM |
|---|---|
| Bayaran dilaksanakan secara pengkreditan terus tanpa tunai (cashless) setiap bulan | Dalam Kad Pengenalan (MyKad) |
BAKI BAYARAN BANTUAN SARA
Ketahui jumlah bayaran setiap bulan, jumlah yang telah dibayar dan jumlah baki bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN SETIAP BULAN | TELAH DIBAYAR | BAKI BAYARAN |
|---|---|---|---|
| Bujang Status e-Kasih | RM100 | RM500 | RM700 |
| Warga Emas Status e-Kasih | RM150 | RM750 | RM1,050 |
| Isi Rumah Status e-Kasih | RM200 | RM1,000 | RM1,400 |
| Bujang Bukan e-Kasih | RM50 | RM250 | RM350 |
| Warga Emas Bukan e-Kasih | RM50 | RM250 | RM350 |
| Isi Rumah Bukan e-Kasih | RM100 | RM500 | RM700 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA yang telah dibayar dan yang akan dibayar untuk bulan-bulan seterusnya :
| STATUS | TARIKH |
|---|---|
| Telah Dibayar | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 |
| Bakal Dibayar | 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
PANDUAN CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA
Untuk mengetahui berapa baki Bantuan SARA yang masih ada dalam Kad Pengenalan (MyKad) anda, ikuti panduan lengkap cara semak baki di Portal Rasmi SARA :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan baki bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AKHIR GUNA BAKI BANTUAN SARA
Setelah mengetahui baki Bantuan SARA yang ada, anda perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas selama tempoh dan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan seperti berikut :
| TEMPOH GUNA BAKI | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| 7 bulan 5 hari (dari 26 Mei 2026) | Sehingga 31 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.