SEMAK MYSTR ONLINE : CARA LOGIN & SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Kerajaan Malaysia terus komited menyalurkan bantuan kewangan menerusi portal rasmi mySTR bagi meragankan beban isi rumah B40 dan M40, golongan bujang, serta warga emas.
Melalui portal MySTR, penerima boleh menyemak status kelayakan, amaun bayaran Fasa 3, serta mengemas kini maklumat peribadi dengan pantas dan selamat.
Adakah anda ingin semak status di Portal MYSTR online bagi permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026? Berikut disediakan panduan lengkap langkah demi langkah cara membuat semakan status STR secara atas talian (online).
Baca juga: CEK MYKASIH ONLINE 2026 : SEMAK STATUS SARA & JADUAL BAYARAN MYKAD
APA ITU PORTAL MYSTR ONLINE?
Portal MySTR Online, ialah platform rasmi bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah kendalian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan rakyat Malaysia menguruskan permohonan bantuan kewangan kerajaan, menyemak status kelayakan, serta menyemak rekod pembayaran STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pautan Rasmi Portal : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Bagi memastikan semakan status anda lulus, pastikan anda memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN UTAMA | HAD PENDAPATAN BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) | RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang atau Tiada Pasangan; Berumur 60 tahun dan ke atas | RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Berumur 21 hingga 59 tahun; Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa | RM2,500 dan ke bawah |
KADAR & JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026
Berikut adalah kadar bayaran FASA 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Disalurkan melalui bantuan SARA (RM50/bulan) |
CARA SEMAK MYSTR ONLINE
Proses semak MYSTR online boleh dilakukan seperti langkah di bawah :
- Layari Portal Rasmi : Buka pelayar web dan layari Portal Rasmi Log Masuk mySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan : Taip 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-).
- Klik Butang Semak : Tekan butang [Semak].
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan : Semak Frasa Keselamatan yang dipaparkan. Jika betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan : Taip kata laluan (password) akaun mySTR anda yang telah didaftarkan.
- Klik Log Masuk : Tekan [Log Masuk] untuk akses ke Paparan Utam (Dashboard).
- Semak Status Pembayaran : Klik menu [Semakan Permohonan].
- Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
- Status Kelayakan Permohonan (Lulus / Tidak Lulus);
- Jumlah Bayaran Keseluruhan;
- Status Kredit / No. Baucar BSN bagi Fasa 3.
JADUAL & TARIKH MASUK DUIT STR 2026
Pembayaran STR disalurkan secara berperingkat menerusi 4 fasa utama sepanjang tahun :
- Fasa 1 : Mulai 20 Januari 2026 (Selesai)
- Fasa 2 : Mulai 10 Mac 2026 (Selesai)
- Fasa 3 : Akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (Jangkaan Ogos / September 2026)
- Fasa 4 : Akan diumumkan (Jangkaan November 2026)
Nota : Tarikh rasmi bayaran Fasa 3 akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi MOF dibuat.
KAEDAH PEMBAYARAN STR
Pengkreditan wang bantuan dilakukan menerusi dua kaedah utama :
- Kredit Ke Akaun Bank : Bayaran terus dimasukkan ke nombor akaun bank penerima atau pasangan yang telah didaftarkan dalam sistem.
- Tuntutan Tunai di Kaunter BSN : Khusus untuk penerima yang tiada akaun bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’. Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa MyKad asal.
MASALAH LUPA KATA LALUAN / AKAUN TERKUNCI MYSTR
Jika anda mengalami masalah tidak boleh log masuk semasa ingin membuat semak MYSTR online, ikuti langkah penyelesaian ini :
- Lupa Kata Laluan : Klik pada pautan [Lupa Kata Laluan] di halaman log masuk, masukkan No. MyKad dan emel yang berdaftar untuk set semula (reset) kata laluan.
- Akaun Terkunci (3 kali salah kata laluan) : Akaun akan disekat secara automatik demi keselamatan. Anda perlu menunggu masa bertenang (24 jam) atau menghubungi Talian LHDNM.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN MYSTR ONLINE
- Q1 : Mengapa status permohonan saya menunjukkan “Gagal Kredit”?
- Jawapan : Ini biasanya berlaku disebabkan nombor akaun bank tidak aktif, akaun ditutup, atau nama pada akaun tidak sepadan dengan rekod MyKad. Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN.
- Q2 : Bolehkah saya mengemaskini maklumat bank semasa semak MYSTR online?
- Jawapan : Ya, kemas kini akaun bank boleh dilakukan semasa tempoh pembukaan kemaskini di dalam dashboard portal mySTR.
- Q3 : Adakah semakan status STR boleh dibuat melalui aplikasi telefon?
- Jawapan : Buat masa ini, semakan terbaik dan paling selamat adalah melayari terus laman web rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.
HUBUNGI TALIAN BANTUAN & MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa lanjut berkaitan semakan status atau permohonan rayaun, sila hubungi saluran rasmi berikut:
- Hotline BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-mel Bantuan : [email protected]
- Laman Web Rasmi : https://manfaat.mof.gov.my
PENAFIAN
Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Segala semakan dan permohonan rasmi hendaklah dibuat terus melalui portal rasmi LHDNM.
Nak tanye bantuan str fasa 3 berapa hari bulan masuk akaun bank ya
hari nie dh 18 hari bulan tpi chek tk ada masuk akaun lgi kata 17 hri bulan mcm mne tu blh thu tarih sèbetul nya berapa hari bulan
Berapa hari bulan bantuan str isi rumah masuk akaun ya hri nie sudah 20hari bulan masih blum ada masuk akaun lgi