SEMAKAN STATUS STR 2026 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN FASA 3
Menjelang penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan status Fasa 3 menjadi keutamaan bagi penerima untuk memastikan kelayakan serta status pengkreditan ke akaun bank masing-masing diterima dengan baik.
Semakan yang dibuat lebih awal membolehkan penerima mengesan sebarang status seperti “Gagal Kredit” atau perubahan maklumat pembayaran. Di bawah merupakan panduan lengkap untuk semakan status STR Fasa 3 terus melalui Portal Rasmi MySTR.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pihak kerajaan telah menetapkan jadual khusus bagi agihan dana peringkat awal ini untuk memastikan bantuan sampai kepada penerima tepat pada masa keperluannya. Berikut merupakan jadual lengkap tarikh bayaran STR Fasa 3 2026 :
| PERINGKAT | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 3 | ** Ogos 2026 Akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi |
SYARAT STATUS KELAYAKAN STR 2026
Pastikan anda memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah langkah paling penting bagi mengelakkan permohonan ditolak oleh sistem. Kerajaan telah menyelaraskan kelayakan penerima bantuan STR berdasarkan pendapatan bulanan dan status perkahwinan bagi memastikan agihan yang lebih adil.
Bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan bantuan STR 2026, berikut adalah syarat kelayakan yang digariskan oleh Kerajaan:
- Isi Rumah (STR)
| ISI RUMAH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Pemohon | – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Pasangan | – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). |
| Anak | – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
- Bujang (SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
JUMLAH BAYARAN STR 2026 IKUT STATUS PENERIMA
Pembayaran fasa ketiga yang dikreditkan adalah berdasarkan pangkalan data permohonan sedia ada yang telah melalui proses verifikasi kelayakan secara automatik. Berikut merupakan perincian jumlah bayaran STR 2026 bagi setiap fasa yang akan disalurkan mengikut status penerima masing-masing :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak: RM700 1 hingga 2 anak: RM1,200 3 hingga 4 anak: RM1,700 5 anak dan ke atas: RM2,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak: RM200 1 hingga 2 anak: RM450 3 hingga 4 anak: RM700 5 anak dan ke atas: RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | RM600 |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Dibayar melalui SARA: RM1,200 & RM600 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM150 | RM200 | – |
| Anak 1 hingga 2 | RM300 | RM300 | RM300 | – |
| Anak 3 hingga 4 | RM400 | RM500 | RM400 | – |
| Anak 5 ke atas | RM500 | RM600 | RM600 | – |
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM100 | RM100 | – | – |
| Anak 1 hingga 2 | RM100 | RM100 | RM100 | – |
| Anak 3 hingga 4 | RM150 | RM150 | RM200 | – |
| Anak 5 ke atas | RM200 | RM250 | RM250 | – |
- Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | RM150 | – |
- Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|
| – | – | – | – |
* Nota: Tiada STR untuk kategori bujang, namun digantikan dalam bentuk bantuan SARA: RM100 dan RM50 sebulan.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Penetapan jadual pembayaran ini dilakukan secara berperingkat bagi memastikan proses pengkreditan dana ke akaun penerima berjalan dengan lancar dan teratur. Anda disarankan untuk menyemak tarikh-tarikh penting ini bagi memudahkan urusan perancangan kewangan isi rumah sepanjang tahun ini.
Berikut merupakan jadual lengkap tarikh bayaran STR 2026 yang merangkumi setiap fasa pembayaran mengikut pengumuman rasmi kerajaan:
| PERINGKAT | TARIKH BAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Dijangka dalam bulan Ogos 2026 (Sebelum Hari Kebangsaan) |
| Fasa 4 | Belum diketahui |
*Nota Penting: Tarikh rasmi bagi bayaran fasa berikutnya tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. Pihak kami akan melakukan pemantauan rapi dan mengemas kini maklumat tersebut secara masa nyata (real-time) untuk rujukan anda. Pastikan anda sentiasa melayari halaman ini bagi mendapatkan info terkini sebaik sahaja butiran pembayaran dikeluarkan.
SEMAKAN STATUS STR 2026
Proses semakan kini dipermudahkan melalui akses digital bagi membolehkan anda mengetahui keputusan kelayakan secara pantas dan tepat. Anda hanya perlu log masuk ke dalam sistem portal rasmi.
Berikut merupakan panduan cara semakan status penerima STR yang boleh anda ikuti langkah demi langkah :
- Sila pergi ke portal rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan 12-digit Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda tetapkan.
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Klik pada menu [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan bayaran STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN KAEDAH BAYARAN STR 2026
Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa saluran agihan bagi memastikan dana Bantuan STR 2026 dapat diterima oleh semua pemohon dengan cara yang paling selamat dan efisien. Berikut merupakan kaedah pengkreditan Bantuan STR 2026:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026 FASA 3
- Bilakah tarikh rasmi bayaran STR 2026 Fasa 3 dimasukkan?
- Tarikh rasmi bayaran Fasa 3 dijangka diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan menjelang suku ketiga tahun 2026.
- Mengapa status bayaran saya menunjukkan ‘Gagal Kredit’?
- Status ini biasanya berlaku jika terdapat kesilapan nombor akaun bank, akaun bank tidak aktif, atau nama pada akaun tidak sepadan dengan rekod Kad Pengenalan. Anda boleh menunai bantuan tersebut di cawangan BSN.
- Di mana saya boleh membuat kemaskini maklumat STR?
- Kemaskini maklumat peribadi dan akaun bank boleh dilakukan terus di portal rasmi MySTR pada bahagian Kemas Kini Maklumat.
MAKLUMAT LANJUT
Segala pengisian maklumat di dalam artikel ini telah disemak secara teliti dan dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR bagi menjamin kesahihannya. Langkah ini diambil bagi memastikan anda mendapat fakta yang tepat serta mengelakkan sebarang kekeliruan daripada sumber yang tidak sah. Untuk butiran dan maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, sila rujuk perincian di bawah:
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
*Penafian: Maklumat ini disediakan sebagai panduan umum bagi memudahkan carian orang awam berdasarkan maklumat sahih yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dan Portal Rasmi MySTR. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi pengguna dan tidak mengenakan sebarang bayaran bagi artikel ini.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA 2026
Saya nak cek STR