SEMAKAN BUDI RON95 : BAKI KUOTA & CARA GUNA

SEMAKAN BUDI RON95 : BAKI KUOTA & CARA GUNA

BUDI MADANI RON95 adalah merupakan subsidi minyak petrol yang khas untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah. Dengan subsidi ini, rakyat boleh mengisi minyak petrol RON95 dengan harga subsidi tetapi mengikut kuota yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan baki kuota dan cara guna BUDI RON95? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BUDI RON95

Untuk dapatkan BUDI MADANI RON95, penerima tidak perlu kemukakan sebarang permohonan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 16 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif;
  • Kenderaan jenis petrol RON95;
  • Tiada had pendapatan : terbuka B40, M40 dan T20 (setakat ini).

*Kenderaan awam dan komersial juga layak BUDI RON95.

HARGA KINI MINYAK RON95

Berikut merupakan perbezaan harga terkini minyak petrol RON95 dengan subsidi dan tanpa subsidi :

HARGA MINYAK RON95
DENGAN SUBSIDI
HARGA MINYAK RON95
TANPA SUBSIDI
RM1.99 seliterRM4.02 seliter

KADAR KUOTA BUDI RON95

Walau bagaimanapun, Kerajaan menghadkan penggunaan BUDI MADANI RON95 dengan kuota setiap bulan sebanyak berikut :

KUOTA BUDI RON95TARIKH KUOTA
DIPERBAHARUI
200 liter sebulanSetiap 1 hari bulan

CARA GUNA BUDI RON95

Jika disahkan layak, penerima boleh mengisi minyak petrol RON95 dengan subsidi mengikut cara seperti berikut :

  1. Pergi ke stesen minyak yang berhampiran (Petron / Petronas / Shell / lain-lain).
  2. Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk bayaran di kaunter; atau
  3. Masukkan MyKad anda pada terminal pembaca di pam.
  4. Ambil MyKad anda kembali.
  5. Nyatakan liter yang anda inginkan (contoh : 20 liter).
  6. Bayar dengan harga (20 liter : RM39.80) secara tunai atau kad bank.
  7. Isi minyak seperti biasa.
  8. Selesai.

SEMAKAN BUDI RON95

Bagi yang ingin mengetahui kelayakan dan baki kuota BUDI MADANI RON95, ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal ‘BUDI MADANI RON95’ di sini :
  2. Portal ‘BUDI MADANI RON95’ akan dipaparkan.
  3. Scroll skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  5. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 600101112345.
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Status kelayakan penerima dan baki kuota BUDI RON95 akan dipaparkan :
    • “Anda layak untuk manfaat BUDI95”
    • “Baki BUDI95 200.000 liter daripada 200.000 liter”.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.

Leave a Comment