SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3 2026

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3 2026

Bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat bakal memasuki Fasa Ketiga (3) pembayaran bagi tahun 2026, dan akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula tarikh rasmi pembayaran.

Bagaimanakah semakan status bantuan sabah fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: EKASIH SEMAKAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM200 SEBULAN)

PENGENALAN BANTUAN SABAH

Bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan :

  • Inisiatif kerajaan Negeri Sabah;
  • Bantuan Sabah diberikan setiap tiga bulan (RM600 bagi setiap fasa);
  • Tujuan meringankan beban kewangan penerima dalam terutama mendapatkan keperluan asas dan mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

SYARAT ASASSYARAT TAMBAHAN
Warganegara Malaysia;

Berumur 18 tahun ke atas;

Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;

Anak Kelahiran Sabah; atau

Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);

Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)
Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan;

Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga)

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH

Status kelayakan Bantuan SABAH boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

SEMAKAN AMAUN BANTUAN SABAH

Setiap penerima yang layak akan terima Bantuan Sabah dengan kadar seperti berikut :

FASA BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1RM600
Fasa 2RM600
Fasa 3RM600
Fasa 4RM600
TOTAL SETAHUNRM2,400

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH

Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

Bantuan Sabah akan dilaksanakan secara berfasa seperti berikut :

FASA BAYARANJENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Fasa 1Mempunyai Akaun Bank11 Mac 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Fasa 2Mempunyai Akaun Bank21 Mei 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
18 – 23 Jun 2026
Fasa 3Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan
Fasa 4Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan

Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat (Bantuan Sabah), anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment