SARA ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150

SARA ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa Bantuan SARA adalah merupakan tambahan kepada Bantuan STR yang mana akan dibayar kepada kesemua penerima STR yang lulus.

Sebahagian daripada penerima STR telahpun menerima bayaran Bantuan SARA secara ansur setiap bulan dan secara ansur dua (2) kali bayaran. Kini, lebih 8 juta yang akan menerima bayaran Bantuan SARA secara one off (sekaligus).

Bagaimanakah semak bayaran sara one off bila dapat? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PORTAL SEMAKAN STATUS SARA (CHECK DUIT BANTUAN ONE/OFF RM300/RM150)

APA ITU SARA ONE OFF

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah dikenali sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang menyasarkan untuk meringankan bebanan kewangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pembayaran Bantuan SARA kali ini adalah secara one off (sekaligus) kepada penerima yang belum menerima sebarang bayaran Bantuan SARA secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun (berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah data e-Kasih).

SARA ONE OFF DAPAT BILA

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), kesemua 8 juta penerima yang layak akan mendapat bayaran Bantuan SARA secara one off berperingkat bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini.

TARIKH MULA
BAYARAN SARA
TARIKH AKHIR
BAYARAN SARA
09 DISEMBER 2024** DISEMBER 2024

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF DAPAT

Setiap kategori akan mendapatkan bayaran Bantuan SARA secara one off dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal : RM300.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang 60 tahun dan ke atas : RM150.

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF

Kaedah pembayaran Bantuan SARA secara one off adalah sama seperti bayaran Bantuan STR, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF

Ikuti panduan lengkap semakan status bayaran SARA one off seperti di bawah :

  1. Sila layari laman semakan status rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah dan anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

2 thoughts on “SARA ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150”

Leave a Comment