BAYARAN SARA ONE OFF TU APA (2024 BAYARAN RM300/RM150)

BAYARAN SARA ONE OFF TU APA (2024 BAYARAN RM300/RM150)

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri ke-10 iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan memanfaatkan hampir 8.7 juta rakyat.

Namun, mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang pembayaran Bantuan SARA secara one off (sekaligus) pada bulan Disember ini.

Apakah itu bayaran sara one off dan bagaimanakah cara semakan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150

BAYARAN SARA ONE OFF TU APA

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan pemberian tunai tambahan kepada rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024.

Pembayaran Bantuan SARA adalah melalui tiga (3) kaedah iaitu secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali setahun dan akhir sekali pembayaran secara one off (sekaligus) kepada penerima yang bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar.

SIAPA LAYAK MENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF

Yang layak menerima bayaran Bantuan SARA secara one off adalah mereka yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan merupakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
  • Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
  • BUKAN penerima bayaran SARA secara ansur setiap bulan atau ansur dua kali setahun; dan
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar.

BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Kerajaan akan membayar Bantuan SARA secara one off berperingkat kepada 8 juta penerima yang disahkan layak bermula pada tarikh 9 DISEMBER 2024, ISNIN ini dengan kadar yang ditetapkan mengikut setiap kategori kelayakan penerima.

BAGAIMANA CARA BAYARAN SARA ONE OFF

Cara bayaran Bantuan SARA secara one off kepada penerima yang berstatus layak adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun bank perlu menunggu Bantuan SARA dikreditkan ke dalam akaun bank;
  2. Penerima yang tiada nombor akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ pula perlu menuntut Bantuan SARA di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BERAPA KADAR BAYARAN SARA ONE OFF

Kadar bayaran SARA secara one off adalah ditentukan oleh kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN
SARA ONE OFF
Isi Rumah Berpasangan
(Ada atau tiada anak)
RM300 ketua isi rumah
Isi Rumah Tunggal
(Ada anak)
RM300 ketua isi rumah
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN
SARA ONE OFF
Bujang 21 hingga 59 tahunRM150 setiap individu
Bujang 60 tahun ke atasRM150 setiap individu

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF

Ikuti panduan cara semakan status bayaran SARA one off di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah dan anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

  • SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment