SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Melihat kepada peningkatan kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat dan tentunya sukar untuk dikurangkan. Oleh itu, kerajaan memperuntukan sebilangan besar bantuan-bantuan untuk disalurkan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Termasuk juga Bantuan SARA yang disalurkan kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan rendah dan juga sederhana melalui pelbagai cara bayaran seperti secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali bayaran dan akhir sekali secara one off (sekaligus).

Bagaimanakah semakan nama penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA SEMAKAN KELULULUSAN : ONE OFF (RM300/RM150)

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Berdasarkan kenyataan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Bantuan SARA adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Tarikh Bayaran SARA :
    • Secara one off : Bermula 9 Disember 2024.
    • Secara ansur setiap bulan : 22 Januari 2024 hingga 1 Disember 2024.
    • Secara ansur dua kali setahun : 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

JUMLAH NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Keseluruhan rakyat yang layak menerima Bantuan SARA adalah seramai 8.7 juta. Namun, jumlah nama penerima yang layak menerima bayaran SARA secara one off adalah seramai 8.0 juta yang berstatus Bukan Miskin. Manakala 0.7 juta lagi penerima adalah yang menerima bayaran SARA secara ansur setiap bulan dan ansur dua kali setahun.

KELAYAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Seramai 8 juta nama penerima yang disahkan tentunya memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Bantuan STR 2024 : kategori Isi rumah / warga emas / bujang;
  • Bukan penerima bayaran SARA secara ansur;
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Untuk mengetahui nama anda disahkan sebagai penerima bayaran SARA secara one off, semakan hanya boleh dilakukan di pautan rasmi berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

KADAR AMAUN BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Setiap kategori akan menerima kadar amaun bayaran SARA secara one off yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan (Ada atau Tiada anak) : RM300 setiap ketua isi rumah.
    • Isi Rumah Tunggal (Ada anak) : RM300 setiap ibu/bapa tunggal.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang umur 21 hingga 59 tahun : RM150 setiap individu.
    • Bujang umur 60 tahun dan ke atas : RM150 setiap individu.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment