PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

Wang simpanan di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat dikeluarkan daripada akaun Persaraan, akaun Sejahtera dan akaun Fleksibel pada had-had dan kegunaan tertentu mengikut kelayakan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah pengeluaran KWSP terkini? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di sini.

BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP STATUS : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3 SECARA ONLINE

JENIS AKAUN KWSP TERKINI 2025

Berikut merupakan akaun simpanan KWSP yang terkini :

  • Akaun Persaraan (1) : 75% simpanan bagi menjamin sumber pendapatan selepas bersara.
  • Akaun Sejahtera (2) : 15% simpanan bagi memenuhi keperluan kehidupan dan nikmati kualiti pra-persaraan yang selesa.
  • Akaun Fleksibel (3) : 10% simpanan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP TERKINI

Ahli Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara boleh membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sekiranya memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
    • Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Belum mencapai umur 55 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
    • Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.

KAEDAH PENGELUARAN KWSP TERKINI 2025

Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran wang simpanan KWSP, iaitu :

  1. Secara online melalui aplikasi i-Akaun KWSP / Portal Rasmi KWSP; atau
  2. Secara manual melalui kaunter cawangan KWSP terdekat.

PERSARAAN CARA PENGELUARAN KWSP 2025

Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun Persaraan, ikuti panduan berikut :

  1. Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
  2. Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
  3. Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
  5. Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
  6. Selesai.

*NOTA : Anda boleh juga membuat pengeluaran secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.

SEJAHTERA CARA PENGELUARAN KWSP 2025

Terdapat beberapa pengeluaran yang boleh dilakukan melalui akaun Sejahtera. Ikuti salah satu daripada panduan di bawah :

  • Pembelian Rumah :
    • Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
  3. Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Selesai.
  • Pendidikan :
    • Bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
  2. Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
  3. Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
  4. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
  5. Surat tawaran pengajian; dan
  6. Resit bayaran yuran.
  7. Selesai.
  • Kesihatan :
    • Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. Log Masuk padai-Akaun KWSP.
  2. Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
  3. Muat naik dokumen seperti :
  4. Laporan perubatan; dan
  5. Bil rawatan.
  6. Selesai.
  • Umur 50 tahun :
    • Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. Kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
  2. Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
  3. Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
  4. Sertakan bersama salinan IC.
  5. Selesai.
  • i-Sayang & i-Lindung :
    • Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
  • Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.

FLEKSIBEL CARA PENGELUARAN KWSP 2025

Ikuti panduan cara pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun Fleksibel seperti berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*Nota : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment