PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3
Duit simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui akaun Perasaraan, Sejahtera dan Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli yang mempunyai caruman serta memenuhi kelayakan sahaja.
Bagaimanakah cara pengeluaran duit KWSP terbaru? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JENIS AKAUN SIMPANAN DUIT KWSP TERBARU 2025
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun simpanan menjadikan kepada tiga (3) jenis akaun, iaitu :
- Akaun Persaraan (1) : 75% simpanan bagi menjamin sumber pendapatan selepas bersara.
- Akaun Sejahtera (2) : 15% simpanan bagi memenuhi keperluan kehidupan dan nikmati kualiti pra-persaraan yang selesa.
- Akaun Fleksibel (3) : 10% simpanan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.
KEGUNAAN PENGELUARAN DUIT KWSP 2025
Antara kegunaan pengeluaran duit KWSP daripada akaun satu (1), dua (2) dan tiga (3) adalah :
- Persaraan Akaun 1 :
- Boleh dikeluarkan untuk persaraan selepas umur ahli 55 tahun.
- Sejahtera Akaun 2 :
- Boleh dikeluarkan untuk Perumahan, Pendidikan, Kesihatan, Perlindungan Insurans, dan Haji semasa umur 50 tahun.
- Fleksibel Akaun 3 :
- Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa bagi kecemasan dan keperluan mendesak tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
KAEDAH PENGELUARAN DUIT KWSP 2025
Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan oleh ahli, iaitu :
- Secara atas talian (online) melalui aplikasi i-Akaun / Portal Rasmi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual di kaunter cawangan KWSP seluruh Malaysia bagi ahli Bukan Warganegara Malaysia yang tidak boleh mengakses aplikasi i-Akaun.
SYARAT PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025
Hanya ahli pencarum yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja boleh membuat pengeluaran duit KWSP daripada akaun satu (1), dua (2) dan tiga (3) :
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
- Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN DUIT KWSP AKAUN 1, 2 & 3 2025
Sebelum melalukan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu (1), dua (2) dan tiga (3), ahli perlu mengetahui status kelayakan. Ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
- Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
- Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
- Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
- Status kelayakan pengeluaran ahli akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Setelah mengetahui syarat dan status kelayakan pengeluaran, ahli boleh membuat pengeluaran mengikut panduan di bawah.
CARA PENGELUARAN DUIT KWSP AKAUN 1 2025
Ikuti cara pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu (1) seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
CARA-CARA PENGELUARAN DUIT KWSP AKAUN 2 2025
Berikut merupakan cara-cara pengeluaran simpanan KWSP melalui akaun dua (2) :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Pendidikan :
- Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk padai-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Umur 50 tahun :
- Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
CARA PENGELUARAN DUIT KWSP AKAUN 3 2025
Bagi pengeluaran simpanan KWSP melalui akaun tiga (3) pada bila-bila masa, ikuti panduan berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.