PEMBAYARAN SARA ONE OFF : BILA MASUK BANTUAN RM300 & RM150 2024

PEMBAYARAN SARA ONE OFF : BILA MASUK BANTUAN RM300 & RM150 2024

Terkini! Pembayaran bagi lanjutan daripada Program Bantuan SARA iaitu one off yang disalurkan kepada 8.7 juta penerima STR (RM 300 & RM 150) akan diagihkan tidak lama lagi. Pemohon boleh mula melakukan semakan bantuan sekali bayar ini untuk mengetahui status bayaran.

Bilakah pembayaran sara one off 2024 masuk? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: DAFTAR SKAS (ONLINE 2025 BANTUAN SARAWAK)

APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA one off adalah bantuan tambahan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada semua penerima STR 2024, iaitu BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Penerima juga akan mendapat bantuan tunai ini secara sekali bayaran.

Bagi penerima yang berstatus LULUS Sumbangan Asas Rahmah (SARA), akan mendapat kadar bantuan ini mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024 (kategori Isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan bujang), dimana kadar bantuan adalah RM300 bagi kategori Isi Rumah & RM150 bagi kategori Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

TARIKH PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024

Bantuan SARA one off 2024 (RM 300 & RM 150), akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada semua penerima STR Fasa 4 2024. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.

KAEDAH PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024

Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima. Manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYARAN

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN
SARA ONE OFF
Isi RumahRM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SARA ONE OFF

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

4 thoughts on “PEMBAYARAN SARA ONE OFF : BILA MASUK BANTUAN RM300 & RM150 2024”

Leave a Comment